Tuesday, May 11, 2010

11 Mei SELASA

Hari ini kita dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah akan suami kepada Pn Hjh Azizah Aziz. Aku terlebih awal mengetahui akan keadaan suami Zah apabila dimasukkan ke hospital 3 minggu lalu. Zah kata 'mild stroke'. Petang semalam (10 Mei) Zah call aku dalam teresak-esak mengatakan suaminye sedang kritikal. Aku hanya dapat maklum pada kawan-kawan melalui sms.
Selasa on the way ke sekolah, Zah call lagi dalam suara yang tidak jelas(menangis) suami hanya menunggu masa.
Jam 8.05pagi Zah call lagi dan suami dah..........................
Sedih dan simpati sahaja diiringi doa untuk arwah.
Aku tak berkesempatan nak ke Penang. Nak cuti lagi sedangkan Mak Mertua aku dalam keadaan yang sukar nak cerita. Jumat dah nak ke UKM ambil anak yang tamat pengajian. So aku minta kawan-kawan di utara sahaja mewakili aku.
Haji Kadir dan Hjh Rohaida tunggu aku kata nak pergi aje. Tak dapatla. Terlalu sukar untuk aku membuat keputusan. Ada ruang dan masa kita akan pergi ziaraj Zah. Harap2 dia akan kembali cerita sebagaimana Zah yang kita kenal. Al Fatihah

Friday, April 23, 2010

KES BENGANG

Petang ni aku hadir berjumpa kawan-kawan untuk penutup Kejohanan olahraga Pahang di Stadium Temerloh. GB baru aku jumpa aku dan maklum Pelan Tindakan NKRA hanya ada 4. PPD hendak disiapkan 9 Pelan Tindakan sebelum 12 malam. GB mintak aku siapkan.

NKRA ni tidak ada langsung melibatkan GPK. Tapi demi sekolah aku buat.

Sekolah aku mengalami pertukaran GB. Pergerakan 3 penjuru yang tidak berjalan kerana keengganan seorang GB yang tak mau ditukarkan jauh. Dalam tempoh kononnya menunggu rayuan maka NKRA ini timbul. Taklimat yang diberi oleh Pegawai-pegawai PPD rupa nye tak lengkap. Mereka sendiri tak explore program tersebut.

Aku masih ingat bila mereka tengok NKRA SKBM yang telah aku mula buat. Soalan mereka siapa suroh dan dari mana dapat password? Kan soalan menunjukkan kelemahan Pegawai PPD sendiri tu.

Kemudian NKRA aku tu lah yang mereka jadikan contoh dalam 3 hari taklimat berikut kepada sekolah-sekolah lain.

Mereka tak pernah sebut pun pasal Pelan Tindakan.

Aku memang dah cemuih dengan perangai Pegawai-pegawai di PPD. Mereka pun sebenarnye sentiasa menutup kelemahan mereka dengan menyalahkan kita di sekolah.

Mereka lemah dalam pengurusan.

Mereka mengamalkan knorism. Pegawai naik pangkat di PPD atau di sekolah yang berdekatan. Mereka tak keluar pun. Kononnye mereka mempunyai hubungan baik dengan JPN. Tak pelah. Tapi kenapa ada keluarga, ipar atau adik mereka juga dapat keistimewaan.

Mereka ni tak boleh ditegur oleh guru-guru kerana mereka bekerja di PPD atau dengan ertikata lain wakil PPD. So, mereka tau semua (kononnye)

Kalau datang sekolah semua program orang sekolah buat tak betol. Yang depa dudok sekolah dulu pun tak boleh buat malah lebih malas dan lebih menghancurkan sekolah.

Kalau program sekolah yang kita buat banyak yang tak betol, tapi PPD tak ada pula program yang dapat bantu sekolah. Adakah MEMANTAU itu satu program. PPD nak tolong sekolah atau nak menghentam sekolah.

I am very sarcastic with these offices. That’s why they had BRANDED me. But they are scared to face me since I always have facts and proof on what I said. Worse of all they know I did my work. You what they did, they send USELESS GB to my school to be my head.

SHIT !

Sunday, March 21, 2010

EXPEDISI SEMENAJONG MALAYSIA

JENIS PENGANGKUTAN - kereta
PERBELANJAAN - sendiri (duit tak perlu bawa, tapi ada dalam bank
KEPERLUAN - Khemah dan sleeping bag
-lain-lain keperluan harian
Jumlah keahlian - TAK LEBIH DARI 8 ORANG
Tarikh - 29 NOV-5 DISEMBER 2010

JADUAL
DAY 1 – Jam 9-10 pagi - Berkumpul di TEMERLOH
10 PAGI - Bergerak ke Melaka melalui Jln Triang-Kuala Pilah.
Berhenti makan di Tampin/ Alor Gajah.
3 petang- Bergerak ke Jasin dan Merlimau.(Lawatan Melaka)
Malam - MAJLIS DI UMBAI. (Lawatan DI Melaka)

DAY 2 - - Minum Pagi
9.00 pagi- Bergerak UTARA melalui jalan Pantai.
- Berhenti Makan Tengah hari di Kota Warisan Sepang.
3 petang- Bergerak ke UTARA melalui LEBUH RAYA menuju ke
Ipoh/K.Kangsar.
Malam - MAJLIS DI KUALA KANGSAR (Lawatan di KK)

DAY 3 - - Minum Pagi
9.00 pagi- Bergerak UTARA melalui jalan Persekutuan
- Lawatan di TAIPING.
- Berhenti Makan Tengah hari di POKOK ASSAM, TAIPING.
2 petang - Bergerak ke UTARA melalui
Laluan Persekutuan 1 melalui Bagan Serai,
Butterworth,Sg.Petani - Alor Star menuju ke JITRA.
Malam - MAJLIS DI JITRA

DAY 4 - - Minum Pagi
9.00 pagi- Bergerak keTIMUR melalui Lebuh Raya Timur Barat.
- Berhenti Makan Tengah hari di Tasik Banding.
3 petang - Bergerak ke TIMUR melalui LEBUH RAYA menuju ke
Kota Bharu.
Malam - MAJLIS DI KOTA BHARU (Lawatan di KB)

DAY 5 - - Minum Pagi
9.00 pagi- Lawatan di TERENGGANU
- Makan Tengah hari
3 petang - Bergerak TEMERLOH melalui jalan Pantai
Malam - MAJLIS DI TEMERLOH.

MEREKA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI MOHAMMAD ZAWAWI ABU BAKAR

Monday, March 15, 2010

MAJLIS KENDURI KAHWIN

14 MAC 2010
Majlis Kenduri Kahwin anak Hjh Alissa telah dihadiri oleh Pengerusi ALUMNI NPQH8, Setiausaha Agung ALUMNI NPQH8, Bendahari ALUMNI NPQH8, Hj Zulkifli, Pn Hjh Azizah dan Pn Hjh Zainab. Dengarnye ASNAH telah datang lebih awal. Dan tak tau tentang POUZIAH. Saya dan Pengerusi akan cuba memenuhi jemputan sahabat2 kalau tidak ada aral melintang atau bertembung program.

Setakat ini sahabat-sahabat yang dah menerima menantu;
1. TN HJ ZAKI ZAINUDDIN - KUANTAN
2. PN HJH NORMALA MOHADZIR - KUALA KANGSAR (Saya berkesempatan hadir)
3. PN ABIDAH SEMAN - BENTONG
4. PN SHARIFAH YUSOF - KEPONG
5. PN AIDAH SALLEH - KOTA BHARU
6. EN MOHD NOOR - KUALA TERENGGANU
7. PN HJH ALISSA - MERLIMAU MELAKA (Saya berkesempatan hadir)

pensyarah pula
1. TN HJ ABAS AWANG - KUALA LUMPUR
2. TN HJ SAHABUDDIN - TAIPING (Saya berkesempatan hadir)
3. TN HJ RAZMI MAJID -

Siapa pulak selepas ini?

Friday, February 26, 2010

REUNION KUMPULAN NPQH 8

LAPORAN REUNION KUMPULAN NPQH 8

Pengenalan
Idea untuk mengadakan REUNION ini telah lama saya dapat. Cubaan pertama nak buat di Hotel Seri Malaysia di Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Maklum balas dari kawan-kawan terlalu sepi. Maka ia batal.
REUNION ke 2 dibuat di SK BANDAR DARUL AMAN semasa berlangsungnya KOLOKIUM 2009. Kehadiran hanya lebih kurang 12 orang dan seorang Pensyarah iaitu TN HJ HARUN MAT ISA. Kami makan durian. Tuan rumah ketika itu TN HJ ISMAIL SERAT.
Pada NOVEMBER 2009 saya menghadiri SEMINAR ANTARABANGSA di IAB Utara sekali lagi kawan-kawan maukan REUNION yang lebih menarik. Maka saya dapat hubungi PAK SU di Taiping dan beliau sangat teruja dan menawarkan tempat/ Kem beliau sebagai lokasi.
Saya merancang untuk mengadakan pada OGOS 2010 kerana ketika itu musim buah-buahan. Kem Pak Su penuh dengan pokok buah-buahan.
TN HJ HARUN bekas Timbalan Pengarah kami minta diadakan dalam masa yang terdekat.
Alhamdullilah saya berjaya mendapatkan persetujuan kawan-kawan. Maka saya menguruskan semuanya dari A to Z REUNION kali ini.
Saya juga berjaya mendapatkan beberapa sumbangan awal untuk membiayai urusan dan perkara-perkara yang melibatkankan kewangan. Maka sebab itu lah terdapat, banner, brochure dan juga t-shirt untuk REUNION kali ini.
Kalau nak kira wang, memamngla tak cukup keranabill untuk panggilan talipon sahaja telah mencecah RM 400 belum lagi mengambil kira urusan pos serta kertas2. Namun saya mendapat kepuasan atas kerja-kerja yang saya lakukan.
Lebih menyeronokkan sokongan dari PENSYARAH-PENSYARAH, Sahabat-shabat dan kawan-kawan begitu menggalakkan. Yang tak dapat hadir atas faktor keluarga dan kewangan,kita maklum. Semuga REUNION yang akan datang dapat dihadiri dengan lebih ramai lagi.
Kita buat tahun depan. AJK pun dah ada.
Kalau ada sahabat-sahabta yang berminat nak t-shirt REUNION, boleh order dengan saya. Harganya RM 28.00 tapi kalau nak kena courier kena bagi wang lebih la sikit. Al maklumlah.
Semasa REUNION ni kami banyak juga dapat feedback tentang kawan-kawan, perlantika DG41, NKRA dan macam-macam lagi.
Ada satu lagi REUNION tidak rasmi di MERLIMAU, MELAKA pada 14 MAC 2010 sempena majlis kenduri kahwin anak HAJJAH ALISSA. Nak jumpa kena pi Melaka la. Haji Zul tentu boleh uruskan tempat penginapan. Contact la dia.



Masa
2 hari 1 malam
15 – 16 Feb. 20109 – Isnin dan Selasa


Lokasi Perjumpaan
PERASA AUTOCAMP, KG JELUTONG, TAIPING, PERAK




Kehadiran
BIL NAMA
1 TN HJ ABAS BIN AWANG Mantan Pengarah IAB Utara
2 TN HJ HARUN BIN MAT ISA Mantan Tim Pengarah IAB Utara
3 TN SYED PUTRA SYED ALI Pensyarah IAB Induk (ketua Jabatan)
4 TN HJ SAHBUDIN HJ ASHAARI Mantan Pensyarah & Tuan punya PERASA AUTOCAMP
5 TN HAJI RAZMI ABDUL MAJID Pensyarah IAB Utara (ketua Jabatan)
6 TN HJ ASMEE BIN HJ TAJUDDIN KS Pengurusan Akademik JNP KEDAH
7 TN HJ. ABDUL KADIR BIN HAJI JAAFAR PERAK
8 TN HJ. AHMAD HULMI ISMAIL KEDAH
9 PN HJH. ALISSA HJ. MD. YASIN MELAKA
10 PN HJH. AZIZAH ABD AZIZ PENANG
11 TN HJ. KAMALUDIN SAAD KEDAH
12 EN. MANIMUTHU A/L NATESAN PAHANG
13 EN MOHAMMAD ZAWAWI ABU BAKAR PAHANG
14 PN. NORMAH JAAFAR PERLIS
15 PN HJH. NORMALA MOHAZIR PERAK
16 EN. PADMANADHAN VEERAPATHIRAN KEDAH
17 PN HJH. ROHAIDAH MOHD ALI SELANGOR
18 EN. ROSLI KHALID PERAK
19 PN. SHARIFAH YUSOF SELANGOR
20 PN. WAN ANISAH WAN HUSIN PERAK
21 PN. ZAINAB MOHD YUSOH MELAKA
22 TN HJ. ZULKAFLI AZIZ MELAKA
23 EN MOHD SHUHAIMI BIN MOHD HASHIM PERAK
24 TN HJ. MOHD HALIM TAIB PAHANG
25 EN S.A.RAVI KEDAH

TIDAK DAPAT HADIR (TELAH MAKLUM KEPADA URUS SETIA)
1 EN ABU SUFYAN KHAZALI KEDAH
2 PN NORIHAN MOHD ZAIN PAHANG
3 EN MOHD SALLEH TRENGGANU
4 EN RAMLEE ABU BAKAR KEDAH
5 PN ABIDAH SEMAH PAHANG
6 TN HJ ABDUL AZIZ HASAN PENANG
7 PN AIDAHBT. MOHD SALLEH KELANTAN
8 TN HJ RAHIM B. HASSAN PERLIS
9 CIK CHAN SEOW HONG PENANG
10 CIK YEN LAY HON JOHOR
11 EN LINGGIE AK EMPADING SARAWAK
12 PN KANG SOON TIANG WILAYAH
13 TN HJ ISMAIL SERAT KEDAH
14 PN ASNAH BT. MANAB MELAKA
15 PN POUZIAH BT. GHANI MELAKA
16 EN MOHD NOOR B. OMAR TRENGGANU
17 TN HJ ZAINON B. YAHYA KEDAH
18 PN HJH NORIHAN BT AZIZAN Pensyarah IAB Utara
19 TN HJ MOHD ROSIDI B. ISMAIL Pensyarah IAB Utara

JADUAL PROGRAM
Hari Pertama – 15 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
2.00 – 5.00 ptg - Pendaftaran –
• Tn Hj Abdul Kadir Jaafar dan En Mohd Zawawi Abu Bakar telah hadir sehari lebih awal dan bertindak sebagai urusetia Reunion.
• Peserta Pertama hadir ialah Tn Hj Kamaludin bin Saad jam 1.00 tengahari.
• Pensyarah pertama hadir ialah Tn Hj Asmee bin Hj Tajuddin jam 5.00 petang.
• En Rosli Khalid, Tn Hj Mohd Halim dan En Mohd Suhaimi Mohd Hashim telah hadir bersama tetapi tidak menginap di Kem.

7.00 mlm - Solat dan Tahlil
8.00 mlm - Makan Malam

9.00 mlm - Majlis Perasmian dipengerusikan oleh Tn Hj Kamaludin Saad
Ucapan
1. Tn Hj Abdul Kadir Jaafar – Pengerusi Reunion
2. Tn Syed Putra Syed Ali – Pensyarah
3. Tn Hj Razmi Abdul Majid – Pensyarah
4. Tn Hj Asmee Hj Tajuddin – Pensyarah
5. Tn Hj Sahabuddin Hj Ashaari – Tuan Punya PERASA AUTOCAMP
6. Tn Hj Abas Awang – Pengarah IAB Utara
Suasana yang santai dan penuh kemesraan dan humor.

11.00 mlm - Ceramah Team Building oleh Tn Hj Sahabuddin Hj Ashaari
• Pemimpin agung adalah pemimpin yang boleh melahirkan pemimpin yang agung di belakangnya
• Belajar mengenang jasa orang lain
• Pemimpin yang cemerlang akan sentiasa menyokong stafnya
• Jangan putus asa dengan cabaran yang mendatang. Lagi kuat angin, lagi tinggi kita terbang

Hari Kedua - 16 FEBRUARI 2010 (SELASA)
8.00 – 10.00 - Ceramah ’NPQH National Warrior’ – Tn Hj. Abas Awang
- dipengerusikan oleh Tn Hj Abdul Kadir bin Jaafar
• Beliau menekankan aspek kasih sayang dalam organisasi.
• Beliau berharap kita semua menjadi pejuang kepada pendidikan. Peserta NPQH perlu menjadi pejuang sejati.

11.00- 1.00 - Percambahan Minda- Dialog – Tn Hj Harun bin Mat Isa
- dipengerusikan oleh Tn Hj Ahmad Hulmi bin Ismail

Majlis telah bersepakat dan bersetuju untuk merangka sesuatu bagi mengekalkan perhubungan dan kemesraan yang sedia ada untuk jangka masa panjang, sebagaimana yang tertulis di dalam brosur yang telah diedarkan. Keputusan dicapai sebulat suara untuk duduk di atas status quo yang sedia ada. Hasil perbincangan dan pemilihan, berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Induk Reunion NPQH8 IABU;
Penaung : Tn. Hj Harun b. Mat Isa
Penasihat : Tn. Hj. Asmee b. Hj Tajuddin
Tn Syed Putra b. Syed Ali
Pengerusi : Tn. Hj Abd Kadir b. Jaafar
Timb. Pengerusi : Tn Hj Kamaludin b. Saad
Setiausaha : En. Mohammad Zawawi b. Abu Bakar
Pen. Setiausaha : Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali
Bendahari : Pn. Hjh Normala bt. Mohadzir
Jawatankuasa : Tn. Hj Ahmad Hulmi b. Ismail
En Padmanadhan a/l Veerapathiran
Pn. Khoo Oi Ling

Keputusan / resolusi lain yang telah dicapai adalah;
1. Semua peserta NPQH8 akan menjadi ahli seumur hidup organisasi ini
2. Yuran tahunan yang telah dipersetujui adalah RM50.00 setahun (Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari selepas Setiausaha menghantar laporan majlis reunion ini kepada semua ahli nanti)
3. AJK Induk akan bergerak ke arah membincangkan untuk mengadakan konvensyen / seminar di IAB Utara pada hujung tahun ini; selepas UPSR
4. Menyemak status persatuan NPQH kebangsaan di ROS. Merancang mendaftar organisasi kita ini

1.00 tgh - Makan Tengahari
2.00 ptg - Check Out dan Bersurai



Kewangan
Jumlah kutipan RM 1130.00 Makan Minum RM 600.00
Banner RM 90.00
Pengurusan RM 200.00
Sumbangan(Imam) RM 20.00
RM 910.00
Baki RM 220.00
JUMLAH RM 1130.00 JUMLAH RM 1130.00

Wang Baki sebanyak RM220.00 telah dibelikan Carpet Sejadah untuk SURAU TAMAN PERINDU, TEMERLOH


disediakan oleh
MOHAMMAD ZAWAWI BIN ABU BAKAR

Thursday, February 18, 2010

Kementerian jelaskan pelantikan guru besar

ARKIB : 17/02/2010
Kementerian jelaskan pelantikan guru besar

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat MIDMAN, Gua Musang, Kelantan dalam ruangan ini pada 1 Februari 2010 bertajuk 'Teliti laluan jadi Guru Besar'.

Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah pertama. Mereka ini telah dikekalkan sebagai Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah.

Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbangkan mengisi jawatan guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Walau bagaimanapun, selaras dengan pelaksanaan Dasar Pensiswazahan yang mana KPM berhasrat untuk mempunyai 50% guru-guru di sekolah rendah terdiri daripada guru siswazah, pihak KPM sedang menjalankan kajian Model Perjawatan Sekolah Rendah dengan mengambilkira isu-isu perjawatan dan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah rendah.

Cadangan Model Perjawatan ini akan mengambil masa kerana memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam. Oleh itu cadangan ini dijangka akan dapat dikemukakan kepada Agensi Pusat selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

SOLIHAN BADRI

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, February 8, 2010

bukan merungut

Aku bukan merungut, tapi ini lah di antara senario yang berlaku disekolah apabila GPK boleh melaksanakan tugas GB. Sewajarnya aku menerima markah prestasi sedemikian.
Natijahnya, markah prestasi yang tinggi tidak membawa impak dalam kenaikan pangkat untuk orang seperti aku. Sebenarnya aku selesa dengan kedudukan aku sekarang, tiada dah cita-cita nak jadi Guru Besar. Tapi institusi Guru Besar itu dicemari oleh mereka yang tidak bertanggongjawab. Mereka hanya mahu kan pangkat dan kedudukan. Kerja serah pada orang lain. Apa berlaku kalau Penolong-penolong Kanan tak dapat melaksanakan tugas keran kekurangan ilmu, kredibilti dan tiada initiastif.
Aku pergi kursus NPQH dulu kerana aku kekurangan ilmu dalam pengurusan. Ada aku tulis dalam blog. Dah ada ilmu, gunakan lah. Sebab itu Pegawai-pegawai di PPD tak berapa nak sangat berdebat dengan aku. Kita telah diberi banyak ilmu pengurusan sedangkan mereka banyak ilmu bodek dan mengampu.
Kena nasihat geng-geng Guru Besar yang tidak perform ni. Malu lah! Orang dok mengata. Di Temerloh ramai GB ada scandal, Jantan Betina sama naik.

Nak maklum, ada geng NPQH aki sedang sakit kerana BARAH. Sedang bercuti untuk rawatan. Aku dimaklumkan sekolah-sekolah yang di jadi GB, semuanya menurun prestasi dan Kewangan bertaburan. Kenapa? Engaku jawab la sendiri.
Terdapat juga kawan-kawan kita yang bongkak dan sombong bila jadi Guru Besar. Antaranya ..............................................
Antara fungsi kita REUNION adalah membawa kawan-kawan kita ke TRACK yang betul . Tak gitu?
Aku bukan anti Guru Besar. Aku nak menjaga Institusi Guru Besar tu kerana terlalu ramai sahabat, mereka yang aku sayangi dan saudara mara yang jadi GB dan mereka membawa nama GURU BESAR CEMERLANG.

Bak kata NABIL, haaaaaaaa lu piki la sendiriiiiiiiiiiiii